Pengurusan Lestari bukanlah bermaksud menambahkan aktiviti, tetapi ianya lebih kepada cara berfikir dan bertindak untuk mendapatkan keuntungan yang serasi dengan persekitaran dan tanggungjawab sosial tanpa berkompromi dengan pencapaian ekonomi.
Tadbir urus secara lestari dan mampan juga akan menjurus kepada kesan positif reputasi organisasi. Ini akan membangkitkan keinginan pelabur, pelangan dan pemegang taruh untuk melibatkan diri secara aktif bersama organisasi tersebut.
Yayasan Lestari Malaysia turut memainkan peranan secara aktif bagi membantu organisasi yang berhasrat untuk melaksanakan pengurusan dan tadbir urus secara lestari dan mampan. Roadshow ditaja oleh Yayasan Lestari Malaysia.
Sila daftar di pautan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi kami di: admin@yayasanlestari.org.my